SUNGAI BULOH: Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo tiba di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini untuk melawat keluarga kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan meninggal dunia, malam tadi.
Beliau bersama pegawainya menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire kira-kira pukul 2.50 petang ini.
Hal ini kerana kawasan tempat kejadian adalah di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini iaitu berada di bawah Parlimennya.
Mayat Zayn ditemukan di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 10 malam.
Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula jam 9 malam tadi.-UTUSAN