PETALING JAYA: Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo diumumkan sebagai Menteri Digital iaitu kementerian baharu dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.
Sebelum ini portfolio digital diletakan bersama Kementerian Komunikasi dan Digital.
Gobind akan dibantu oleh Datuk Ugak Anak Kumbang selaku Timbalan Menteri Digital yang sebelum ini Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas dan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.
Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil terus bertanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi. – UTUSAN