Gesa keluar dari kerajaan kenyataan palsu - Ketua Pemuda UMNO

Gesa keluar dari kerajaan kenyataan palsu – Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menafikan kenyataan yang tersebar di media sosial berhubung gesaan terhadap partinya supaya menarik balik sokongan kepada kerajaan.

Katanya, kenyataan itu yang menggunakan namanya merupakan kenyataan palsu dan kenyataan sebenar beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

“Suka saya ingin menyatakan di sini mana satu kenyataan yang sebenar berbanding kenyataan yang palsu.

“Di kala saudara kita di Pantai Timur dilanda kesusahan dengan ujian banjir, cukup-cukuplah berpolitik murahan seperti ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kenyataan palsu sedemikian hanya akan memburukkan lagi keadaan dan tidak menyumbang kepada kebajikan rakyat.

“Fokus kepada membantu rakyat kita di bawah dari sibuk menyebarkan fitnah yang langsung tidak menguntungkan rakyat.

“Jangan sampai rakyat bosan dengan orang politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya