Gelombang kedua banjir mula melanda Terengganu - Utusan Malaysia

Gelombang kedua banjir mula melanda Terengganu

KEADAAN banjir yang berlaku selepas hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu di PPSK Felcra Gunung Menerong di Kampung Menerong, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Gelombang kedua banjir mula melanda negeri ini apabila Hulu Terengganu menjadi daerah pertama terjejas setelah hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat ini, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, dekat sini.

“PPS itu mula dibuka pukul 10.20 pagi. Seramai 85 mangsa daripada 17 keluarga telah dipindahkan setakat ini” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat merah atau buruk di Terengganu bermula semalam hingga hari ini.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan kebanyakan stesen bacaan di Terengganu menunjukkan trend peningkatan paras air sungai.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari ayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya