Gelagat bapa saudara jadi ‘tukang’ kira duit khatan anak buah undang reaksi netizen

Gelagat bapa saudara ‘sibuk’ kira duit khatan anak buah undang reaksi netizen

TANGKAP layar menerusi perkongsian video di TikTok milik @fiezarra25.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat seorang lelaki sedang mengira duit seorang kanak-kanak dipercayai anak saudaranya yang baru selesai berkhatan menjadi perhatian warganet.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, kelihatan kanak-kanak itu menyerahkan duit yang diterima daripada tetamu kepada bapa saudaranya.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu menunjukkan lelaki dikenali sebagai Pak Long kepada kanak-kanak itu terus mengira duit yang dihulurkan kepadanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat mereka dan menyuarakan pelbagai reaksi.

“Rasa nak berkhatan sekali lagi sebab dulu tak ada orang bagi duit macam ni,” komen @edyautogate

“Mesti anak buah kesayangan Pak Long sebab nampaknya Pak Long yang terlebih sibuk daripada ayahnya,” tulis @keyrolhezry05

“Anak-anak saya dulu berkhatan dua orang sekali gus. Emak saya siap buat kenduri lagi sebab cucu terakhir yang berkhatan. Alhamdulillah rezeki orang sedekah dekat anak-anak kita,” kongsi @puteripuncakmahligai

Video berkenaan telah tular di media sosial dan menerima 273,400 tontonan, 161 komen dan 3870 tanda suka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya