INCHEON: Pihak polis secara rasmi menutup kes penyalahgunaan dadah membabitkan selebriti terkenal, G-Dragon (GD).
Perkara itu diputuskan apabila ahli kumpulan Big Bang itu dibuktikan tidak bersalah selepas siasatan dijalankan ke atasnya sehingga Oktober lepas.
“G-Dragon, atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, 35, dibebaskan dari tuduhan penyalahgunaan dadah selepas dibuktikan tidak bersalah,” kata jurucakap polis.
Polis, pada September lepas telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan membabitkan seorang saksi yang juga pemilik sebuah bar di Gangnam.
Bedasarkan keterangan individu yang tidak didedahkan namanya itu, Ji-yong hanya mengambil ubat yang sah, bukan dadah seperti didakwa.
G-Dragon sebelum ini hadir ke balai polis untuk menjalani pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapat beliau negatif dadah.
Terdahulu, penyanyi tersebut tersenarai antara 10 individu yang terlibat dalam kes dadah selain pelakon, Lee Sun-kyun.
Kedua-duanya dihalang ke luar negara sepanjang siasatan dijalankan . – CNN