Eyka Farhana demam, tak sedap badan selepas masuk kubur

Eyka Farhana demam, tak sedap badan selepas masuk kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Eyka Farhana, mengakui tidak sedap badan selepas melakonkan babak di sebuah tanah perkuburan menerusi filem Anak Perjanjian Syaitan 2.

Semasa penggambaran yang dijalankan pada waktu malam, Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, perlu menggali dan masuk ke dalam kubur dalam keadaan hujan.

“Babak saya menggali kubur memang dilakukan di sekitar kawasan tanah perkuburan. Seperti yang dikongsikan pengarah, Dr. Ahmad Idham, semua orang demam selepas penggambaran babak itu.

“Saya juga rasa tidak sedap badan. Mungkin berpunca daripada keadaan hujan semasa penggambaran dengan bau tanah yang melekat pada saya. Sebelum balik ke rumah, memang saya akan mandi dan buang semua kotoran.

“Saya ambil juga nasihat daripada orang sekeliling untuk tidak terus pulang ke rumah sebaliknya singgah dahulu di mana-mana. Cuma keesokan hari, bila bangun tidur, badan terus rasa tidak sihat,” katanya.

Eyka ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media dan tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2, baru-baru ini.

Sepanjang bergelar pelakon, ini merupakan kali pertama Eyka menggalas watak utama dalam sebuah naskhah seram.

“Saya sebenarnya seorang yang penakut. Cuma bila ditawarkan watak ini, saya rasa sudah masanya untuk mencabar diri dan lakonan saya.

“Bagi menjayakan watak Azlinda, saya tengok banyak cerita hantu sebagai persediaan sebelum penggambaran Anak Perjanjian Syaitan 2.

“Mujurlah sepanjang penggambaran saya tidak nampak apa-apa yang menakutkan atau mengalami kejadian mistik. Cuma kadang-kadang kalau pulang ke rumah dan duduk seorang diri, ada juga perasaan tidak sedap hati. Tapi itu semua mungkin hanya dalam fikiran saya sahaja,” katanya.

Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda menentang kejadian mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.

Anak Perjanjian Syaitan 2 bakal menemui penonton di panggung pada 4 Januari nanti. Turut sama menjayakan filem ini ialah Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, dan Shaharuddin Thamby. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya