Enam laluan di Rantau Panjang ditenggelami banjir

Enam laluan di Rantau Panjang ditenggelami banjir

MUHAMMAD Zailani Che Awang mengayuh perahu selepas kawasan rumahnya di Rantau Panjang, Kelantan ditenggelami banjir hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Enam laluan di kawasan ini terpaksa ditutup kepada kenderaan selepas ditenggelami banjir sejak awal pagi tadi.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Pasir Mas lima daripada enam laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.

“Antara laluan yang yang ditutup kepada semua kenderaan ialah jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (berhampiran Masjid Padang Licin), Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh (berhampiran padang bola), jalan Banggol Kulim (pintu Kastam 2), jalan Bunga Raya (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan jalan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

“Manakala kala jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah di Kampung Kubang Rambutan ditutup kepada kenderaan ringan,” katanya.

Selain itu, beberapa buah kawasan seperti Kampung Rahmat, Baroh Pial, Kubang Chenok, Gual To’Deh, Tasek Bakong, Bawah Lembah, Kusar, Kubang Rambutan dan Taman Sri Mas sudah ditenggelami banjir.

Sementara itu paras air Sungai Golok semakin menaik dan sudah melepasi paras bahaya iaitu 10.30 meter.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya