Empat ‘Superman’ LPT1  dihadap ke mahkamah

Empat ‘Superman’ LPT1  dihadap ke mahkamah

EMPAT penunggang motosikal  didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh, Pahang atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Empat penunggang motosikal termasuk seorang pesalah juvana berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT-1), Ahad lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Tiga tertuduh terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi, Ammar Muizzuddin Abdul Aziz, 19; Wan Muhammad Syahmi Wan Zulkififli, 20, dan Mohamad Haiqal Mohd Hanafi, 22 tahun 

Seorang lagi tertuduh  adalah pelajar berusia 15 tahun  sebuah sekolah menengah di sini.

Mengikut fakta pertuduhan, semua tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira pukul 6:30 petang, 24 Disember lalu di Kilometer 127 LPT1 arah timur, sini. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar dan semua tertuduh diwakili Khairul Anuar Abu Hasan Ashaari.

Mahkamah menetapkan tiga penuntut institusi pengajian tinggi dijamin RM3,000 seorang dan RM1,500 untuk jaminan bagi tertuduh juvana. Mahkamah menetapkan 6 Februari ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Aksi mereka menjadi tular dalam media sosial setelah kelibat mereka mempamerkan aksi ‘Superman’ yang berakhir dengan kemalangan di Jambatan Ahmad Shah Temerloh pada 24 Disember lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya