Empat langkah tebus eMADANI

Empat langkah tebus eMADANI

emadani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat negara ini yang layak boleh menebus e-kredit RM100 eMADANI mulai hari ini,

Penebusan wang berkenaan boleh dibuat melalui empat langkah seperti yang dikongsikan di laman sesawang Touch ‘n Go.

Pengguna baharu dan sedia ada perlu terlebih dahulu melakukan proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah pertama: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah kedua: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah ketiga: Penyedia khidmat e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).

Langkah keempat: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.

Hanya penerima yang layak menuntut kredit eMADANI daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya