Eh! Kau Putar Ek, cetus kesedaran bahaya fitnah, pelajar UiTM

Eh! Kau Putar Ek, cetus kesedaran bahaya fitnah, berita palsu dalam kalangan remaja

SEBAHAGIAN daripada pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Program “Eh! Kau Putar Ek!” di Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 25 pelajar daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Tekno­logi Mara (UiTM) Shah Alam mengadakan Program Eh! Kau Putar Ek! di Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor baru baru ini.

Penasihat program, Dr. Mohd Yusof Zulkefli berkata, isu fitnah yang berterusan sememangnya menjadi masalah serius dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi dengan penularan berita dan maklumat palsu dalam era digital.

Program tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan remaja tentang isu berkaitan fitnah dari aspek perundangan di Malaysia.

Program membabitkan penyertaan seramai 100 pelajar Kolej Vokasional Tanjung Puteri terdiri dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sekolah berkenaan.
Hadir sama, Timbalan pengarah sokongan Akademik, Kolej Vokasional Tanjung puteri, Mohd. Ali Redza Mohd Yusof. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya