Dua mekanik nyaris maut dilanggar bas alami masalah stereng - Utusan Malaysia

Dua mekanik nyaris maut dilanggar bas alami masalah stereng

KEADAAN bas yang melanggar mekanik yang membeli makanan di sebuah gerai di Taman Klebang Putra di Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua mekanik menempuh detik mencemaskan apabila dilanggar sebuah bas yang hilang kawalan ketika sedang membeli makanan di sebuah gerai di Taman Klebang Putra di sini kelmarin.

Kejadian sekitar pukul 2.15 petang itu menyebabkan kedua-dua lelaki berusia 29 dan 27 tahun itu mengalami luka-luka ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika bas membawa tiga pelajar itu dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai menghala ke Klebang Restu.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, bas berkenaan dipercayai mengalami kerosakan pada stereng dan cuba memberhentikan kenderaan.

“Bagaimanapun kenderaan itu hilang kawalan lalu terlanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang berada di bahu jalan untuk membeli makanan.

“Kejadian ini mengakibatkan kedua-dua mangsa cedera ringan. Pemandu bas berusia 59 tahun dan tiga pelajar tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, punca kemalangan kerana bas tersebut mengalami kerosakan pada stereng.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 23 saat yang memaparkan sebuah motosikal berhenti di sebuah gerai sebelum sebuah bas hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya