Dua maut nahas babit dua kenderaan - Utusan Malaysia

Dua maut nahas babit dua kenderaan

KEADAAN kemalangan membabitkan kereta jenis Perodu Myvi dengan BMW yang menyebabkan dua maut di Jalan Sungai Lokan, Butterworth, Pulau Pinang, awal pagi tadi. - Pic: IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Sungai Lokan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrie Rodzi Fauzi, 31, yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu kereta jenis BMW, Teoh Joo Leong,46, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nazril Syazwan Khalil bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dibantu BBP Bertam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 2.41 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah kereta dan tiga mangsa terlibat dalam nahas itu.

“Berdasarkan siasatan awal berlaku pelanggaran secara bertentangan antara kereta jenis Perodua Myvi yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Lokan dengan kereta BMW menghala ke Kepala Batas.

“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Myvi tersepit di tempat duduk manakala penumpangnya terpelanting dari kerusi penumpang hadapan ke tempat duduk penumpang belakang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jelas beliau, pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa tersepit kerana keadaan kereta yang senget selain tebing jalan raya yang tinggi.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba sebelum pegawai perubatan mengesahkan mereka meninggal dunia.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya