Dua lelaki Myanmar dipenjara 13 tahun rogol wanita OKU - Utusan Malaysia

Dua lelaki Myanmar dipenjara 13 tahun rogol wanita OKU

DUA warga Myanmar yang mengaku salah merogol seorang wanita OKU dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua lelaki warga Myanmar dipenjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merogol seorang wanita kelainan upaya (OKU), tiga tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas Akramullah Jamal Hussein, 26, dan Shunamiya Abdul Salam, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa telah melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang wanita OKU pendengaran dan bisu yang ketika kejadian berusia 23 tahun.

Perbuatan jijik itu didakwa dilakukan Akramullah dan Shunamiya di sebuah rumah kongsi di Kampung Merbau Pulas, Ajil, Hulu Terengganu sekitar pukul 7.30 malam pada 11 November 2020.

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas kedua-dua tertuduh dan mengarahkan tempoh pemenjaraan bermula tarikh ditangkap iaitu 12 dan 13 November 2020.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iffah Nabihah Mohd. Ishak manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Akhbar ini pada 2020 melaporkan dua lelaki Myanmar yang juga buruh binaan ditahan di lokasi berasingan sekitar Ajil setelah mangsa memberitahu keluarganya mengenai kejadian berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dikatakan berada di ruang dapur rumahnya diperdaya ke rumah kongsi suspek yang terletak kira-kira 50 meter dari kediamannya, antara pukul 7.30 hingga 8 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya