Dua lelaki maut selepas kereta, motosikal dihempap pokok 

Dua lelaki maut selepas kereta, motosikal dihempap pokok 

KEADAAN pokok yang menghempap sebuah kereta dan motosikal sehingga menyebabkan dua lelaki maut di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang petang tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki maut selepas kenderaan mereka dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang di sini, petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu Toyota Avanza berusia 65 tahun serta penunggang motosikal jenis Yamaha LC, 23 tahun, sedang melalui lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya telah menerima maklumat awal berkaitan satu kejadian pokok tumbang dan telah menghempap sebuah kereta dan motosikal di lokasi kejadian pada 3.51 petang.

Katanya, kejadian membabitkan dua mangsa lelaki tempatan.

“Pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kerja-kerja membersihkan kawasan kejadian sedang giat dilakukan.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya