Dua lelaki maut kereta terbabit nahas dengan treler - Utusan Malaysia

Dua lelaki maut kereta terbabit nahas dengan treler

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah treler muatan habuk kayu di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 5.15 petang itu mengorbankan mangsa dikenali Razali Mamat, 44, yang memandu kereta jenis Proton Wira dan penumpang, Saipul Hamdan Ismail, 41.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat tersepit dalam kenderaan, maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Gerik menghala ke Jeli, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar treler dipandu lelaki berusia 34 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan 12 anggota dari BBP Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan nahas tersebut.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah kereta dalam keadaan remuk berada di antara tayar lori dan besi penghadang jalan.

“Operasi mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit. Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Mereka bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambah Azizan, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.39 petang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya