Dua kali SAR di lokasi sama mayat Zayn Rayyan ditemukan

Dua kali SAR di lokasi sama mayat Zayn Rayyan ditemukan- polis

FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan di kawasan pencarian sama sebelum ini termasuk dalam radius pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran menyebabkan mangsa berusia enam tahun itu tidak dapat ditemukan sebelum ini.

Katanya, dua operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta penduduk setempat sudah dilakukan sejak malam kelmarin.

“Memang kita dah lakukan pencatian di kawasan berkenaan sejak malam semalam (kelmarin) dan petang tadi (semalam) namun tidak menemukan sebarang petunjuk bahawa mangsa ada di kawasan berkenaan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut disebabkan lokasi ditemui ini adalah kawasan aliran air,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad Fakhrudin, kemungkinan kekangan faktor cuaca dan keadaan sekitar menyebabkan Zayn tidak dapat ditemukan dalam pencarian sebelum ini.

“Hinggalah mayatnya ditemukan dalam keadaan mengiring dalam sungai, pada pukul 10 malam tadi,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya terpaksa menutup lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan awal dibuat.

“Kita kemudian memanggil Unit Forensik Polis Selangor, sebelum membawa mayat Zayn ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sebelum sebarang keputusan diperoleh,” katanya.

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan dibawa keluar pada pukul 12 malam tadi selepas ditemukan di sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN