DEWAN NEGARA: 158 mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar

DEWAN NEGARA: 158 mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara masih terkandas

SHAMSUL Anuar Nasarah pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini. -GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberitahu seramai 158 daripada 428 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara masih terkandas di negara destinasi yang dituju, setakat bulan lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga 20 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 270 mangsa warganegara tempatan yang terjebak sindiket jenayah penipuan pekerjaan ini.

“Daripada statistik laporan polis serta mangsa di negara destinasi, sebanyak 325 laporan polis diperoleh membabitkan Myanmar, Kemboja, Laos dan lain-lain,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Shamsul Anuar berkata, pelbagai langkah dilaksana termasuk mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dalam usaha menangani sindiket penipuan pekerjaan di luar negara dan menyelamatkan mangsa.

“Dalam usaha menangani masalah ini, PDRM sudah menjalankan empat siri operasi bersepadu mulai Ogos 2022 hingga Julai tahun ini. Hasilnya, empat sindiket di Lembah Klang serta Johor ditumpaskan.

“Melalui siri operasi itu, sebanyak 12 tangkapan dibuat membabitkan warga tempatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya.

Katanya, usaha lain dilaksana termasuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkuasa Kemboja, Thailand, Myanmar dan Laos untuk perkongsian maklumat serta penyelesaian dalam misi menyelamatkan mangsa.

“Kami juga mengenal pasti sindiket yang menjadi dalang, terutama ejen pekerjaan berada di Malaysia dan menjalankan siasatan komprehensif bagi menghasilkan pendakwaan.

“Usaha lain termasuk meningkatkan kesedaran awam dan tahap kefahaman pelbagai lapisan masyarakat, termasuk penduduk di kawasan luar bandar, mengenai operasi sindiket berkenaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya