Dengar nasihat, waspada Covid-19 - PM

Dengar nasihat, waspada Covid-19 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Perdana Menteri berkata, segala nasihat mengenai Covid-19 daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad perlu dipatuhi.

“Dia (Dr. Dzulkefly) sedang pantau. Walaupun kesannya (peningkatan kes Covid-19) tidak begitu serius tapi dia minta semua orang berwaspada.

“Jadi, jagalah kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar di sini  hari ini.

Sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan bagi tempoh dari 3 hingga 9 Disember lalu, berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya