'Dendrobium Dr. Wan Azizah’ diperkenal di Orkid Putrajaya 2023

‘Dendrobium Dr. Wan Azizah’ diperkenal di Orkid Putrajaya 2023

DR. WAN Azizah Wan Ismail (kanan) menerima sijil pendaftaran orkid hibrid baharu 'Dendrobium Dr. Wan Azizah’ yang disampaikan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud sempena penganjuran Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani, Putrajaya, semalam mendaftarkan sejenis hibrid orkid baharu yang dinamakan ‘Dendrobium Dr. Wan Azizah’, iaitu sempena nama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Lebih unik, pelancaran hibrid orkid baharu itu dilakukan sendiri oleh Dr. Wan Azizah yang turut merasmikan Orkid Putrajaya 2023.

Hibrid orkid itu didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London. Dendrobium baharu berkenaan dihasilkan daripada kacukan antara Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan.

Ia mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk kerinting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah.

Setangkai bunga orkid itu boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok selain sangat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting serta rajin berbunga. – UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya