'Dendrobium Dr. Wan Azizah’ diperkenal di Orkid Putrajaya 2023

‘Dendrobium Dr. Wan Azizah’ diperkenal di Orkid Putrajaya 2023

WAN Azizah Wan Ismail melawat pameran orkid sempena penganjuran Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung di Taman Botani, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung di Taman Botani, hari ini mendaftarkan sejenis hibrid orkid baharu yang dinamakan ‘Dendrobium Dr. Wan Azizah’.

Hibrid orkid itu dinamakan sempena nama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Pengarah Komunikasi Perbadanan Putrajaya (PPj), Norzita Abdul Razak berkata, lebih unik pelancaran hibrid orkid baharu itu didedahkan sendiri oleh Dr. Wan Azizah yang turut merasmikan Orkid Putrajaya 2023, pagi ini.

Beliau ketika ditemui berkata, hibrid orkid itu didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London.

“Dendrobium baharu ini dihasilkan daripada kacukan antara Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan.

“Hibrid orkid baharu ini mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk kerinting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah,” katanya.

Dendrobium Dr. Wan Azizah

Katanya, setangkai bunga orkid itu boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok selain amat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting dan rajin berbunga.

Mengulas penganjuran Orkid Putrajaya 2023, Norzita berkata, program itu berlangsung selama tujuh hari bermula hari ini yang menyajikan pameran pelbagai jenis orkid (anggerik) khas untuk penggemar bunga-bungaan di negara ini.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung sepanjang program itu berlangsung dan pengunjung tidak dikenakan bayaran masuk.

“Acara ini bertujuan memperkenalkan dan mempamerkan koleksi-koleksi dan spesies orkid yang khas, jarang ditemui dan unik yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Katanya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan lebih dekat lebih 20 jenis orkid VIP yang dipamerkan di Galeri Orkid tertutup yang terdiri daripada nama-nama Diraja dan orang kenamaan.

“Antara orkid VIP termasuk Papilionanda Sultan Idris Shah, Holttumara Tuanku Zara, Renanthera Kalsom dan Phalaenopsis Do Bru Queen Saleha. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya