DBKL tidak mansuh pembekuan lesen jual arak

DBKL tidak mansuh pembekuan lesen jual arak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah menarik balik pembekuan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina sebaliknya larangan tersebut kekal dikuat kuasakan.

DBKL dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, Lembaga Pelesenan Eksais Kuala Lumpur yang baru dilantik telah menjalankan fungsi sedia ada dan hanya mempertimbangkan permohonan pembaharuan lesen.

“Merujuk kepada pernyataan bahawa Lembaga Pelesenan Eksais yang telah bersidang pada 23 November 2023 telah menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina adalah tidak benar.

“Ia adalah kerana pertimbangan terhadap penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina masih tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut DBKL, pihaknya merupakan urus setia kepada Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam memproses permohonan Lesen Minuman Keras di Kuala Lumpur.

Katanya, ia selaras dengan perwakilan kuasa di bawah Peraturan 18 Peraturan-peraturan Eksais (Lembaga Pelesen) 1977.

“Lembaga yang bersidang pada 23 November lalu, hanya meluluskan sejumlah 1,519 permohonan pembaharuan lesen borong, rumah awam dan runcit. Tiada lesen runcit baru yang diluluskan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN