Penyanyi veteran, M Daud Kilau meninggal dunia

Penyanyi veteran, M Daud Kilau meninggal dunia

ALLAHYARHAM M. DAUD KILAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan hari ini.

Perkara itu disahkan anaknya, Ahmad Zailani yang memberitahu bapanya meninggal dunia pada pukul 4.46 petang tadi.

“Bapa saya dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu kerana bacaan gula dalam darah yang tinggi.

“Sepanjang dirawat, bacaan gula dalam darah turun naik. Pada pukul 4.46 tadi doktor mengesahkan bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya.

Daud Kilau, 85, sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya