Dakwaan mangsa banjir tipu mahu dapat bantuan disiasat

Dakwaan mangsa banjir tipu mahu dapat bantuan disiasat

JASRI Kasim (dua dari kiri) merasmikan Program Jelajah e-kasih@Kota Lama di Dataran Muhammadi Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (PPNK ICU JPM) menyerahkan kepada jawatankuasa Pusat Kawalan Operasi Bencana (POKB) untuk menyiasat dakwaan mangsa banjir yang menipu untuk mendapatkan bantuan.

Pengarahya, Jasri Kasim berkata, siasatan adil dan menyeluruh perlu dilakukan dalam merungkai isu tersebut secara tuntas.

“Kita memahami situasi mangsa banjir dan mungkin mereka menghadapi kesukaran apabila kawasan rumah ditenggelami air. Saya tidak dapat memberikan sebarang komen dan menyerahkan pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan.

“Insya-Allah bantuan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dan perkara ini akan disahkan oleh jawatankuasa PKOB,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah e-kasih@Kota Lama di Dataran Muhammadi di sini hari ini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim.

Mohd. Jasri memberitahu, Jawatankuasa Pengurusan Banjir di seluruh negeri diketuai oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), manakala daerah pula diuruskan pegawai daerah. 

Media sebelum ini melaporkan, sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata bagi mendapatkan bantuan banjir, sedangkan kediaman mereka tidak terkesan atau hanya dinaiki air pada paras amat cetek.

 Difahamkan ada juga dalam kalangan mereka turut memanggil anaknya yang berada di luar daerah lokasi banjir supaya pulang ke kampung halaman dan berpindah ke PPS untuk ‘merebut’ bantuan RM3,500 bagi setiap keluarga yang disediakan oleh kerajaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai menyumbang kepada situasi pendaftaran di hampir semua PPS di Pasir Mas kini dikatakan penuh, sedangkan cuaca semakin baik sejak beberapa hari lalu dan banjir baru-baru ini masih dianggap tahap biasa berbanding tahun sebelumnya.

Keadaan itu didakwa menyebabkan ada dalam kalangan penduduk yang sepatutnya berpindah ke PPS kerana rumah ditenggelami banjir, sebaliknya terpaksa menumpang di pondok dan surau berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya