Dakwaan gangguan seksual : Keterangan Mohammad Agus diambil esok

Dakwaan gangguan seksual : Keterangan Mohammad Agus diambil esok

agus
MOHAMAD Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam sidang akhbar di Bangi baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keterangan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff akan diambil polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, esok.

Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak pada Oktober lalu.

Satu sumber mengesahkan, Mohammad Agus akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, Zaflee Pakwanteh pukul 10 pagi esok.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan  gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Abdul Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau memaklumkan pihak polis membuka siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana  mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Sebelum ini, media melaporkan Abdul Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya pada 30 November lalu.

Pada 29 November lalu, peguamnya mengesahkan bahawa Abdul Wahab hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi proses rakaman percakapan berhubung kes fitnah membabitkan Mohammad Agus.

Terdahulu, Polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Mohammad Agus.

Rakaman video berdurasi tiga minit yang tular pada 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya