Dakwaan buli: Polis ambil keterangan ibu bapa, sekolah, rakan

Dakwaan buli: Polis ambil keterangan ibu bapa, sekolah, rakan remaja larikan diri dari asrama

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keterangan beberapa individu termasuk ibu bapa kepada seorang remaja akan diambil polis berhubung dakwaan buli di sebuah sekolah berasrama di Cheras, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa tengah hari semalam.

“Justeru itu, kita akan panggil semua iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan rakan-rakan kepada mangsa bagi bantu siasatan.

“Kita klasifikasi kes ini di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,” katannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas selesai perhimpunan bulanan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang dilaporkan hilang pada 8 Disember lalu dipercayai dibuli.

Anak sulung daripada tiga beradik itu masih menerima rawatan selepas dimasukkan ke HCTM sejak dia ditemukan pada 9 Disember lalu.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, berkata, anaknya telah ditemukan orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, di sino.

Menurutnya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad melarikan diri dari sekolah pada puku 3 pagi.

Shuhada berkata, tindakan perundangan akan diambil oleh pihaknya berhubung kejadian buli itu yang didakwanya sudah berulang kali terjadi.

Katanya, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi memperjuangkan nasib anaknya kerana dibuli dengan teruk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya