Covid-19 melonjak semula, 2 kes jangkitan varian Omicron baharu

Covid-19 melonjak semula, 2 kes jangkitan varian Omicron baharu

covid-19
Covid-19 bukan lagi ancaman di Malaysia. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 dikesan melonjak semula melebihi 1,000 kes sejak enam minggu lalu dengan terkini merekodkan sebanyak 3,626 kes sepanjang tempoh 19 hingga 25 November lalu.

Jumlah itu meningkat 57.3 peratus berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 2,305 kes dengan merekodkan sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan yang kesemuanya terdiri daripada Variant of Concern (VOC).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Malaysia merekodkan dua kes varian Omicron baharu BA.2.86 ketika ini selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan pertama kali peningkatan varian itu pada 24 Julai lalu.

“Sehingga kini terdapat hampir 46 negara melaporkan varian BA.2.86. Walau bagaimanapun, tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan disebabkan oleh varian ini.

“(Dua kes di Malaysia) tersebut dikesan melalui aktiviti saringan gejala di bawah program survelan ILI/Covid-19 yang dijalankan di klinik kesihatan dengan kedua-dua kes tidak mempunyai sejarah ke luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum gejala.

“Mereka dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, peningkatan kes positif itu bagaimanapun hanya bergejala ringan dengan majoriti pesakit bergelajala ringan dalam kalangan umur 20 hingga 40 tahun.

Katanya, terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan merangkumi 121 kes dalam kluster tersebut dengan jumlah kumulatif kluster adalah sebanyak 7,248.

“Majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan. Kadar kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan meningkat kepada 2.9 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4 peratus, manakala sebanyak 0.9 peratus katil bukan kritikal Covid-19 selain 0.2 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jelas beliau, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa.

“Petugas kesihatan sama ada di fasiliti kesihatan awam dan swasta diminta untuk sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes dan mempunyai high index of suspicion ke atas pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut terutama terhadap golongan berisiko tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya