Cabul bekas pembantu, Vin Diesel bakal dibicarakan - Utusan Malaysia

Cabul bekas pembantu, Vin Diesel bakal dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon, Vin Diesel, 56, bakal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencabul bekas pembantunya 14 tahun lepas.

Asta Jonasson, yang memfailkan pertuduhan pada semalam mendakwa bintang filem Fast and Furious itu bertindak sedemikian di sebuah hotel di Atlanta, dekat sini.

Dakwanya, pelakon berkenaan ketika kejadian bertindak meramas buah dadanya selain mencium lehernya. Asta pada masa sama, memaklumkan dia serta merta dipecat selepas insiden terbabit.

“Jelas di sini mangsa dipecat kerana kengganannya dijadikan pemuas nafsu pelaku,” ujar wakil pendakwaan.

Peguam, Bryan Freedman memaklumkan anak guamnya telah menafikan semua dakwaan yang dikemukakan Jonasson.

“Ini pertama kali anak guam saya berdepan pertuduhan sebegini, yang dikeluarkan seorang kakitangan yang hanya bekerja untuk beliau selama sembilan hari.

“Terdapat bukti jelas yang menyangkal semua fitnah yang dilayangkan kepada beliau,” ujarnya.

Diesel terkenal dengan watak Dominic Toretto menerusi francais The Fast and Furious. Awal tahun ini, francais kesepuluh filem berkenaan, Fast X merekodkan kutipan pembukaan memberangsangkan iaitu sekitar AS$67.5 juta.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya