Buruh warganegara Indonesia terkepung banjir - Utusan Malaysia

Buruh warganegara Indonesia terkepung banjir

ANGGOTA APM mengusung Amrullah yang cedera di bahagian belakang untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selepas terkepung banjir di Kampung Lintang, Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang buruh ladang warganegara Indonesia terpaksa meminta bantuan pasukan penyelamat untuk mendapat rawatan di klinik selepas rumah kongsi yang didiaminya, di Kampung Lintang, dekat sini, terkepung banjir, kira-kira pukul 2 petang semalam.

Mangsa yang dikenali Amrullah, 27, mengalami kecederaan pada bahagian belakang selepas ditimpa tandan kelapa sawit dua hari lalu, hanya terlantar dan terpaksa diusung menggunakan alat pengusung.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, mangsa terpaksa meminta bantuan untuk mendapatkan rawatan susulan di klinik berikutan kawasan itu dinaiki air yang menyebabkan mangsa terkepung di rumah kongsinya.

“Kita terpaksa membawa mangsa dengan pengusung menggunakan bot selepas jalan darat tidak dapat diakses dan anggota mengharung banjir kira-kira 1.5 kilometer keluar ke jalan utama.

“Mangsa kemudiannya dibawa menaiki lori APM untuk ke klinik kesihatan terdekat sebelum dibawa ke Hospital Dungun,” katanya kepada ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Kamal berkata, keadaan hujan lebat dan lokasi rumah kongsi yang jauh turut menyukarkan operasi menyelamat mangsa.

“Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa. Walaupun berdepan dengan beberapa kesukaran, Alhamdulillah mangsa berjaya diselamatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya