Bunga Citra Lestari akhiri zaman janda

Bunga Citra Lestari akhiri zaman janda

BUNGA Citra Lestari dan Tiko Aryawardhana bernikah di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia, semalam. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) mengakhiri zaman janda selepas sah bergelar isteri kepada usahawan, Tiko Aryawardhana di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia, semalam.

Menerusi laporan portal be­rita Indonesia, BCL dan Tiko Aryawardhana tampil sedondon dalam pakaian adat jawa berwarna putih berlatarkan pemandangan laut.

Dalam sebuah video suasana majlis perkahwinan BCL itu, turut kelihatan sosok adik kepada arwah suaminya, Ashraf Sinclair iaitu Aishah sebagai pe­ngapitnya.

Majlis perkahwinan antara BCL dan usahawan Tiko Aryawardhana berlangsung di Amankila Resort, Bali dan hanya dihadiri sahabat serta keluarga terdekat seramai 100 orang.

Terdahulu, penyanyi Badai Telah Berlalu itu menukar nama akaun Instagram kepada @itsmebcl seolah-olah menguatkan lagi khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, seorang kakita­ngan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, membocorkan rahsia apabila mengatakan BCL bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.

BCL pernah berkahwin dengan Ashraf, iaitu seorang pelakon Malaysia sebelum dia menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2008 itu dikurniakan seorang putera, Noah yang kini berusia 12 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya