Budak lelaki 11 tahun hilang ditemukan selamat

Budak lelaki 11 tahun hilang ditemukan selamat

MUHAMMAD Khairul Ikhwan Muhammad Rashid ditemukan selamat di sekitar kawasan rumahnya di Desa Mentari 2, Petaling Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Oktober lalu ditemukan selamat. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berkenaan iaitu Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid ditemukan di sekitar kawasan rumahnya. 

“Kanak-kanak itu ditemukan berada di block A berdekatan kawasan rumahnya. Ini bukan kali pertama kanak-kanak ini tidak pulang,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, media melaporkan kali terakhir berada di rumah beralamat No B10-11-07, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, pada pukul 1.30 tengah hari.

“Laporan kehilangan kanak-kanak itu dibuat pada 24 November lalu.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek serta pakaian terakhir adalah baju-T dan seluar trek berwarna hitam semasa keluar dari rumah.

Justeru, polis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa berada supaya tampil ke balai polis berhampiran. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya