Buat apa nak kerjasama kalau UMNO teruk? - Musa  - Utusan Malaysia

Buat apa nak kerjasama kalau UMNO teruk? – Musa 

MUSA SHEIKH FADZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: “Kalau dah kata kami (UMNO) ni teruklah, kanser tahap lima apa semua, buat apa nak bekerjasama dengan kami lagi?”

Itu sindiran tajam oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Terdahulu, Hashim dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia semalam berkata, UMNO kini diibarat seperti mengalami kanser tahap lima yang boleh berubat, namun sukar untuk dipulihkan.

Kata Hashim, salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk merawat ‘kanser’ itu ialah melalui penyatuan umah dan Pas sentiasa terbuka untuk menerima parti tersebut.

Mengulas lanjut, Musa dengan nada sinis terus menempelak kenyataan pemimpin berkenaan dan berkata, Pas tidak seharusnya ‘mengendahkan’ UMNO lagi kerana parti itu sudah ‘terlalu teruk’ pada pandangan mata mereka.

“Orang kalau dah tahap ‘seteruk’ ni sepatutnya tak perlu peduli atau ambil tahu dah.

“Tapi mengapa dok (masih) berharap nak bekerjasama dengan UMNO lagi?” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Musa, ‘seteruk-teruk’ UMNO seperti yang didakwa oleh Pas itu, ahlinya masih gigih menumpukan kepada gerak kerja parti sendiri ketika ini.

“Oleh itu, sekuat-kuat ‘depa’ (merujuk kepada Pas) sekalipun, jangan sesekali bersikap takbur.

“Dalam politik ini ada turun naiknya, insya-Allah,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya