Boleh sahaja buat konsert, sekalipun belum ada album - M. Nasir - Utusan Malaysia

Boleh sahaja buat konsert, sekalipun belum ada album – M. Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tidak benar idea begitu. Tidak semestinya belum ada album, tidak boleh buat konsert.”

Demikian jawapan komposer dan penyanyi sohor, Datuk M. Nasir ketika ditanya berhubung kenyataan seorang penyanyi perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah album sebelum membuat konsert solonya.

Kongsi komposer dan penyanyi, Tanya Sama Itu Hud Hud itu, seseorang penyanyi boleh mengadakan konsert dan menyanyikan lagu orang lain kerana mahu menguji kemampuan dan impak yang boleh diberikan.

“Konsert adalah satu persembahan. Boleh sahaja menyanyikan lagu orang lain, cuma perlu lihat impak yang diberikan. Adakah dia mempunyai daya persembahan yang dinamik dan unik sebagai penyanyi?

“Tak apa, jika dia ada beberapa sahaja lagu popular. Ada peminat yang mahu mendengar dia menyanyikan lagu-lagu artis lain. Kalau dia ada personaliti atau persona menarik, dah cukup untuk buat konsert,” katanya.

Dalam pada itu, melontarkan pandangan terhadap ‘hayat’ lagu-lagu baharu yang tidak boleh bertahan lama, jelas komposer Raikan Cinta itu, karya masakini tidak dicipta untuk kekal lama dalam putaran muzik tempatan.

“Mereka mengikut selera semasa, muzik sebagai satu perniagaan, selepas tiga bulan akan ada lagu-lagu baharu dengan stail serta teknologi baharu. Terpulang kepada pendengar sendiri, muzik makin berubah.

“Teknologi mempengaruhi cara mereka membuat lagu. Ada kala kreatif itu tidak ada kerana bergantung kepada alat-alat berteknologi menghasilkan muzik. Seni itu mengikuti.

“Apa yang saya lalui dulu sangat berbeza. Saya lahir era 50-an. Ketika itu orang dengar muzik pun daripada record, kaset,” ujarnya.

Dalam pada itu, M. Nasir bakal bergandingan dengan seorang lagi legenda muzik, Datuk Hattan menerusi Konsert Sifu dan Aku yang bakal berlangsung 3 Februari depan di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.

Konsert Sifu Dan Aku itu dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group. Sementara radio rasmi adalah Era Sabah.

Dalam pada itu, Borneo Excursions adalah agensi pelancongan rasmi untuk Konsert Sifu Dan Aku yang menawarkan tiket konsert, pakej pelancongan, pengangkutan dan hotel dengan harga yang menarik.

Tiket konsert boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/ pada harga RM988 (VIP- tempat duduk bernombor), RM488 (tempat duduk bebas), RM388 (tempat duduk bebas), RM288 (tempat duduk bebas) dan RM188 (tempat duduk bebas).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya