SUNGAI PETANI: Nasib seorang wanita yang terpaksa berpantang dan tinggal di dalam kereta bersama keluarga mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil membantu termasuk menyediakan tempat untuk berteduh. Difahamkan, wanita tersebut selamat melahirkan cahaya matanya di sebuah hospital di sini, enam hari lalu, namun meninggalkan hospital itu sebelum mendapat kebenaran keluar wad. Setelah tiada tempat dituju dipercayai akibat berdepan masalah keluarga, dia bersama pasangan yang kedua-dua mereka berusia 30-an serta seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun terpaksa tinggal di dalam kereta di hadapan Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria, di sini. Kisah mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya