Beri layanan terbaik kepada pelancong, jaga imej negeri - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Beri layanan terbaik kepada pelancong, jaga imej negeri – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (empat dari kiri) menyempurnakan Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP2024/2025) di Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN/AHMAD ADIB AKHYAR AMINARRASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar rakyat negeri ini
memberi layanan terbaik buat pelancong bersempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP2024/2025)

Titah baginda, berilah layanan yang beradab, sopan santun, berbudi bahasa, mesra dan sentiasa menjaga imej bagi memberi persepsi baik buat para pelancong.

Baginda bertitah, selain itu, para pengusaha rumah inap , pelancongan, pemilik restoran, pengendali pengangkutan awam dan pihak berwajib juga perlu menambah baik prasarana masing-masing buat semua pelancong.

“Paling penting ialah kita perlu peka kepada kehendak pelanggan supaya pelancong akan bertandang berulang kali.

“Rakyat Perlis umumnya secara tidak langsung merupakan duta TMP2024/2025 dan perlu memainkan peranan masing-masing,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Perdana TMP2024/2025 di Dewan 2020, di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut dihadiri Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli.

Seterusnya baginda bertitah, usaha mempromosikan TMP2024/2025 perlu dilipat gandakan di Thailand bagi menarik kehadiran pelancong khususnya dari wilayah selatan negara berkenaan.

“Usaha ini akan merancakkan dan memeriahkan lagi penganjuran TMP2024/2025 khususnya dengan kadar mata wang negara berkenaan yang kuat kebelakangan ini,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, TMP2014/2025 bakal menampilkan pelbagai lokasi pelancongan, produk tempatan, acara dan warisan yang terdapat di negeri ini untuk dinikmati oleh para pengunjung.

“Pengunjung boleh meluangkan masa dengan meneroka keindahan dan keistimewaan di Perlis bagi merasai makanan unik dan melawati tempat-tempat menarik dengan kos berpatutan.

“Keunikan bentuk muka bumi, landskap yang menarik, tarikan alam semula jadi dan sempadan yang memisahkan Malaysia-Thailand merupakan antara faktor tarikan utama negeri ini,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya