ORANG awam beratur panjang seawal pukul 6 pagi bagi urusan permohonan dan pembaharuan pasport dengan mengambil kesempatan berbuat demikian sempena cuti persekolahan. Berdasarkan tinjauan Utusan Malaysia, semua kaunter urusan di Bahagian Keselamatan dan Pasport, Jabatan Imigresen Putrajaya dibuka sepenuhnya dan tiada penutupan kaunter sepanjang tempoh beroperasi. Jumlah mereka yang mengambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara semakin meningkat selepas pintu sempadan dibuka pasca pandemik Covid-19 sejak 2021. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya