Bell Ngasri layak jadi Tiong Man? - Utusan Malaysia

Bell Ngasri layak jadi Tiong Man?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, memang banyak nama yang disebut dan dipetik-petik oleh warganet apabila mereka membahaskan mengenai siapakah pelakon yang layak untuk membawakan watak side kick adiwira Keluang Man iaitu Tiong Man. 

Maklum sajalah, ramai kalangan peminat sudah teruja untuk menonton filem yang diadaptasi daripada siri animasi popular tempatan di era 90-an tersebut sejak pihak Astro Shaw dan Iconic Animation Studio Sdn. Bhd. mengumumkan bakal menjalankan penggambaran pada tahun depan. 

Nama watak utama sudah diumumkan dan pelakon Nas-T dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai Keluang Man. Bagaimanapun, peminat menganggap watak yang turut sama penting, Tiong Man, perlu ada dalam naskhah tersebut. 

Kalau tiada, bagaikan tidak cukup rencahnya. Pun begitu, Astro Shaw tidak pula memberi sebarang petanda mengenai siapakah pelakon yang sesuai membawakan watak tersebut. 

Bukan tiada, tetapi belum masanya lagi menurut pengarah, Anwari, semasa Cik Bunga sendiri menemu bual dirinya. Meninjau ruangan komen di pelbagai platform media sosial, entah mengapa Cik Bunga tertarik pula dengan pandangan warganet yang menganggap pelakon serba boleh, Bell Ngasri, dilihat sesuai untuk menjadi Tiong Man. 

Ia berdasarkan karekternya dan kebolehan Bell dalam membawakan pelbagai watak dengan cara tersendiri di samping karekter Tiong Man yang didakwa dekat dengan dirinya. 

Cik Bunga rasa, mesti ramai suka dengan cara Bell melawak selain personalitinya yang selamba dianggap sesuai untuk jadi Tiong Man. Pasti juga ini gara-gara watak Barkoba yang sangat dekat di hati peminatnya, Cik Bunga tahu sangat! Apa pun, tunggu sajalah pengumuman daripada pihak penerbit dan produksi. 

Dengarnya mereka masih lagi mencari pelakon yang sesuai untuk Tiong Man. Doa-doalah, mana tahu memang betul Bell yang dipilih untuk membawakan watak tersebut. Mana tahu bukan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya