Beli motosikal elektrik dapat rebat RM2,400

Beli motosikal elektrik dapat rebat RM2,400

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan motosikal elektrik pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan rebat sebanyak RM2,400 bagi setiap pembelian motosikal elektrik bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, mereka yang berpendapatan tahunan sekitar RM120,000 layak untuk mendapatkan rebat tersebut.

“Saya nasihatkan semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini sekiranya berniat untuk membeli motosikal elektrik. 

“Sekiranya ingin membeli, kerajaan akan sokong dengan memberi subsidi tunai,” katanya semasa ditemui pemberita pada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 bagi membantu pengguna beralih kepada motosikal elektrik.

Sehubungan itu, kerajaan melancarkan skim yang dikenali sebagai “MARIICas” yang dikelolakan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bagi menggalakkan rakyat membeli motosikal elektrik.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sasaran pemilikan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid yang disasarkan kerajaan adalah sebanyak 20 peratus daripada jualan kereta baharu menjelang 2030.

Jelasnya, kerajaan turut menyasarkan 50 peratus menjelang 2040 dan seterusnya sebanyak 80 peratus menjelang 2050.

“Perkara ini juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan negara berada di landasan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersihnya menjelang 2050,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya