Bekas pegawai khas Ahli Parlimen Kangar tuntut tunggakan gaji - Utusan Malaysia

Bekas pegawai khas Ahli Parlimen Kangar tuntut tunggakan gaji

MUHAMAD Rauf Abdul Aziz menunjukkan surat pelantikan sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Kangar selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Buruh, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar memfailkan tuntutan sivil menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri berhubung pemecatannya tanpa notis dan baki tunggakan bayaran gaji selama sebulan setengah.

Menerusi tuntutan itu, Muhamad Rauf Abdul Aziz, 39, selaku plaintif menuntut defendan iaitu Pejabat Parlimen Kangar melunaskan bayaran baki gaji bagi bulan November 2022 dan April 2023 bersama baki gaji ganti notis berjumlah RM4,569.23.

Perbicaraan bagi tuntutan itu berlangsung di Mahkamah Buruh hari ini dan dikendalikan oleh Pegawai Pendengar JTK negeri, Fadhila Diana Zulkafli.

Plaintif dan defendan tidak diwakili mana-mana peguam dalam prosiding perbicaraan berkenaan yang berlangsung selama kira-kira lebih satu jam.

Dalam pada itu, Pengarah JTK negeri, Iskandar Jassa turut mengesahkan mengenai tuntutan dikemukakan tersebut.

Menurut Iskandar, pihaknya menerima pengaduan berhubung tuntutan berkenaan pada 6 September lalu dan ia turut melalui proses sebutan kes di Mahkamah Buruh sebelum ini.

“Pada hari ini pula, proses perbicaraan telah berjalan dengan baik dan selepas ini mungkin terdapat hujahan bertulis daripada defendan sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Menurut Iskandar, dalam konteks Mahkamah Buruh, pegawai pengendali akan mendengar kes tuntutan berkenaan dan pihak terlibat bebas untuk hadir bersama peguam bagi membentangkan kes.

Katanya, Pegawai Pendengar JTK juga akan membuat keputusan berhubung kes tersebut dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 14 hari.

“Tuntutan bagi kes ini dijalankan mengikut Seksyen 69 Akta Kerja 1955,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Rauf berkata, dia dilantik sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar bermula 19 November 2022 dengan gaji bulanan sebanyak RM1,800 sebulan.

Muhamad Rauf mendakwa, dia kemudiannya dipecat pada 19 April tahun ini tanpa sebarang notis pemakluman.

“Saya kemudiannya menfailkan ganti rugi di Mahkamah Buruh pada 6 September lalu bagi menuntut bayaran tunggakan gaji ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya