Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

Bekas menteri pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

ABANG ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bekas ahli politik, Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 9.55 pagi.

Anak bongsu Almarhum, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar memaklumkan jenazah arwah bapanya diterbangkan ke Kuching bagi solat jenazah di Masjid Bahagian Kuching sebelum dikebumikan, katanya ketika dihubungi.

Dalam kabinet pertama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Abang Abu Bakar memegang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan seterusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 1999 hingga 2003.

Anak kepada Allahyarham Datuk Bandar Mustapha itu juga pernah memegang jawatan sebagai timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari 1988 hingga 1998.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri turut berduka cita dan akui pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang besar buat negara kita dan khasnya kepada Bumi kenyalang, negeri Sarawak.

“Jasa, bakti dan pengorbanan Allahyarham terhadap negeri Sarawak amatlah dihargai dan hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” jelasnya.

Abang Abu Bakar juga pernah menjadi ADUN Kuching Barat dari 1973 hingga 1981 dan juga mewakili kawasan Satok dari 1979 hingga 1981.

Perjalanan politiknya termasuk menjadi Ahli Parlimen Paloh dari 1981 hingga 1990 dan kemudiannya mewakili Kuala Rajang dari 1990 hingga 2000.

Beliau juga merupakan ahli Dewan Perniagaan Anak Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Muslim Sarawak.

Abang Abu Bakar mendapat pendidikan rendah di Sekolah St Thomas di Kuching dan pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di King’s College di Warrnambool, Australia, University of Adelaide di Australia Selatan, Inner Temple di London, dan Pusat Pengurusan Antarabangsa dan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pada tahun 1990.

Abang Abu Bakar meninggalkan isteri, Puan Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha, seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya