Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dilantik Menteri Kewangan II

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dilantik Menteri Kewangan II

AMIR Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tokoh korporat, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar hari ini.

Amir Hamzah yang menyertai KWSP pada tahun 2021, adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Eksekutif KWSP, beliau mengetuai Tenaga Nasional Bhd (TNB) sejak tahun 2019 dan mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam dunia korporat.

Amir pernah berkhidmat di Kumpulan Syarikat Shell, MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd, dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya