Bekas anggota M-Girls, Queenzy Cheng meninggal dunia

Bekas anggota M-Girls, Queenzy Cheng meninggal dunia di lokasi penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan, M-Girls, Queenzy Cheng meninggal dunia di lokasi penggambaran selepas pembuluh darah pecah di bahagian otak dipercayai kerana penggunaan pengering rambut Selasa lepas.

Cheng, 37, yang juga seorang pelakon itu mengembuskan nafas selepas mengadu tidak sedap badan 40 minit sebelum tamat penggambaran.

Rakan pelakon yang berada di tempat kejadian, Chai Zi berkata, persiapan penggambaran bermula sekitar pukul 8.30 pagi dan selepas dua jam, Cheng mula mengadu mengalami kesakitan tanpa punca.

“Kami sempat bersarapan bersama pukul 8 pagi sebelum bersiap untuk penggambaran. Dia okay sahaja.

“Tetapi selepas menata rambut menggunakan pengering rambut (blow dry), Queenzy tiba-tiba duduk dan mengadu pening dan sakit kepala serta berasa mahu muntah,” katanya.

Dalam pada itu, Chai yang juga pengasas bersama Skuad Sekawan bersama Cheng memberitahu, pihak produksi dengan segera menelefon ambulans selepas pelakon itu mengalami muntah.

“Ketika itu, dia masih sedar dan sempat memberikan kata kunci untuk membuka telefon bimbitnya bagi menghubungi teman lelakinya.

“Kru produksi sempat memberi rawatan kecemasan. Dia masih bernafas biarpun sudah tidak sedarkan diri.

“Tetapi jantung dia berdegup dengan cukup laju. Selepas itu, bibir, tangan dan kakinya mula berubah biru,” katanya.

Difahamkan, mendiang Cheng akan dikebumikan esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya