KOTA KINABALU: Setiap kali lawatan ke kampung, masalah bekalan air bersih antara aduan utama yang disampaikan oleh kira-kira 6,000 orang penduduk di Pulau Sebatik, Tawau. Sejak beberapa tahun lepas, apabila musim kemarau, keresahan dan kerisauan penduduk Pulau Sebatik adalah mengenai masalah bekalan air. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A. Gani Pg Amir berkata, itu antara rungutan yang disampaikan oleh penduduk kampung setiap kali musim kemarau. Beliau berkata, sebagai wakil rakyat beliau cuba menyuarakan permasalahan dihadapi rakyat di Pulau Sebatik kepada agensi berkaitan termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya