Bayi tujuh bulan maut pacuan empat roda terbabas - Utusan Malaysia

Bayi tujuh bulan maut pacuan empat roda terbabas

ORANG ramai membantu menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke tebing lebuh raya yang dipenuhi air selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas di Kilometer 372, LPT2 berhampiran Bukit Besi, Dungun, petang semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas pacuan empat roda yang dinaikinya terlanggar lopak air dalam kemalangan di Kilometer 372, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran Bukit Besi, kira-kira pukul 6.40 petang, semalam.

Mangsa, Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim meninggal dunia kira-kira pukul 12.25 tengah hari tadi selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan Mitsubishi Pajero Sport yang dipandu Mohammad Taufik Babge, 34, bersama isteri, Hamizah Mustapha, 35, serta dua lagi penumpang lain sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Pengerang, Johor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu Mohamad Taufik tiba-tiba hilang kawalan selepas terlanggar lopak air yang menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan kenderaan tersebut kemudiannya terhumban ke tebing lebuh raya yang dipenuhi air,” katanya.

Maizura berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang melalui kawasan tersebut.

“Mohammad Taufik dan isterinya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dada manakala dua lagi penumpang yang berusia 20 dan 11 tahun turut cedera di bahagian dada.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan, sebelum Mohammad Adam Rayyan kemudiannya dikejarkan ke HSNZ dan disahkan meninggal ketika diberi rawatan hari ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawa Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya