Barisan Kabinet baharu bantu Anwar jayakan agenda Malaysia Madani - Utusan Malaysia

Barisan Kabinet baharu bantu Anwar jayakan agenda Malaysia Madani

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang baharu dapat membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjayakan agenda Malaysia Madani.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia terutama dalam meningkatkan ekonomi negara serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.

”Kerajaan negeri menyambut baik rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri demi memantapkan lagi pentadbiran serta gerak kerja Kerajaan Perpaduan yang telah mencapai usia setahun.

”Kerajaan negeri berharap barisan Kabinet baharu ini dapat membantu Perdana Menteri menjayakan agenda Malaysia Madani terutamanya dalam meningkatkan lagi ekonomi negara serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan pertukaran beberapa portfolio jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Menurut Kon Yeow, mewakili seluruh jentera pentadbiran dan rakyat Pulau Pinang, beliau berharap barisan Menteri yang dilantik dapat bersama serta membantu negeri itu mencapai potensi sebagai salah satu kuasa ekonomi terpenting di rantau ini.

“Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang umumnya senantiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua Jemaah Menteri bagi menyelesaikan isu-isu rakyat serta isu-isu pembangunan khususnya di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya