Bapa mangsa langgar rebah, nangis teresak-esak - Utusan Malaysia

Bapa mangsa langgar rebah, nangis teresak-esak

MOHD. Yusri Hassan Basri (kanan) menziarahi keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pelajar yang maut dilanggar dalam kejadian di Taman Jati, Meru di Taman Chepor Sentosa di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Orang ramai ketika berada di rumah pelajar lelaki tingkatan lima yang terkorban dalam nahas membabitkan kenderaan dipandu pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, Meru di sini semalam, hiba melihat tangisan seorang lelaki yang juga bapa mang­sa.

Kehilangan anak bongsu empat beradik itu benar-benar memberi kesan sehingga menyebabkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, gagal mengawal emosi hingga menangis teresak-esak.

Ekoran terlalu sedih, lelaki itu juga dilihat rebah ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini hari ini.

Ketika kunjungan tersebut, bekas pesara tentera itu meluahkan rasa kesal dan kecewa mereka sekeluarga terhadap kejadian menimpa Muhammad Zaharif Affendi kepada Mohd. Yusri.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka ada individu yang tergamak melakukan perbuatan tersebut terhadap anaknya.

“Sampai hati dia buat macam ini kepada anak saya,” katanya.

Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Muhd Zamrie hanya mahukan satu siasatan telus dijalankan agar keadilan dapat dibuktikan atas kematian anaknya.

“Saya tidak mahu kejadian sama berulang dan jadi pada anak-anak orang lain,” katanya.

Selain polis, keluarga mangsa turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh yang hadir memberi sokongan moral dan sumbangan peribadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah dan Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya