Banyak tohmahan terhadap saya, nak siasat silakan - Ayob Khan

Banyak tohmahan terhadap saya, nak siasat silakan – Ayob Khan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketegasan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam menangani isu integriti dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan Timbalan Ketua Polis Negara itu menerima pelbagai tohmahan.

Ayob Khan mendedahkan, banyak pihak cuba menjatuhkan beliau dengan membuat tohmahan-tohmahan tertentu termasuk terhadap keluarganya sendiri.

“Banyak tohmahan dan tuduhan dibuat terhadap saya, nak siasat silakan. Siasat isteri, anak, ibu bapa dan adik-beradik saya, tiada masalah. 

“Begitu juga dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya yang bermacam-macam orang bagi tohmahan sebab orang nak tukar (jawatan) dia dan letak orang mereka,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti 2023 oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini hari ini. 

Ayob Khan menegaskan, sebagai pemimpin perlu berani menegur.

“Kalau takut, habis lah. Setiap arahan dan amanat perlu benar-benar dihayati bagi mengelak rasuah serta budaya kerja negatif dalam pasukan. 

“Misalnya dalam pasukan polis, ada budaya yang tak elok tidak ditinggalkan. Katakan ada pegawai baru keluar dari  Pusat Latihan Polis, Pulapol bercampur dengan majoriti (pegawai atau anggota) tak betul, mereka akan ajar benda tak elok,” jelasnya.

Tambah beliau, jika mahu berubah, peringkat atasan termasuk pegawai kanan perlu betul (berintegriti).

“Jika Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Negeri dan Pengarah tak betul, macam mana nak budayakan perkara ini. 

“Memang sukar nak ubah perkara ini sebab budaya itu sudah ada. Ia akan memakan masa untuk berubah, tetapi tidak mustahil kerana ia (perubahan) wajib dilakukan,” ujarnya.

Menceritakan pengalaman bertugas sebagai Ketua Polis Johor sebelum ini, Ayob Khan berkata, ada individu meminta beliau untuk mengikut apa sahaja ‘arahan’ diterima. 

“Seminggu sebelum saya bertukar, ada orang cakap saya perlu ikut sahaja. Ada yang kata ‘Datuk jaga itu sahaja, yang lain kami jaga’. Apa yang kamu nak jaga? Saya ‘micro-manage’ (bergerak sendiri dan tanpa pengawasan). 

“Sebab itu orang masih ingat lagi waktu saya di Johor kerana di sana orang bagi sokongan padu (kepadanya) sehingga ada yang (pegawai) pangkat Senior Asisten Komisioner dan Ketua Polis Daerah pun saya tangkap. 

“Kalau kita mahu, kita boleh buat cuma kena konsisten dan saya yakin perubahan boleh dibuat,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya