Bank Rakyat anjur golf eratkan hubungan dengan media

Bank Rakyat anjur golf eratkan hubungan dengan media

MOHAMMAD Hanis Osman (barisan depan, sembilan dari kiri) bergambar bersama peserta sebelum pertandingan Golf Persahabatan Bank Rakyat Dan Media bermula di Palm Garden Golf Club, Putrajaya, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI mengeratkan hubungan dengan pengamal media, Bank Rakyat menganjurkan pertandingan Golf Persahabatan Bank Rakyat Dan Media kelmarin.

Kejohanan yang berlangsung di Palm Garden Golf Club, Putrajaya itu disertai seramai 24 pemain terdiri daripada pihak pengurusan Bank Rakyat dan pengamal media.

Pertandingan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman dan pengamal media terdiri daripada Utusan Malaysia, Kosmo!, TV3, Berita Harian, Harian Metro, News Straits Times, RTM, Media Prima Omnia, Utusan TV, Bernama, Suara Merdeka dan Sinar Harian.

Pada kejohanan itu, pemain dari Utusan Malaysia, Imran Mohamad Nor muncul juara diikuti naib juara, Azraie Shah dari Media Prima Omnia dan Amirullah Andinur dari Berita Harian di tempat ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya