Bank Islam, AWARIS perluas akses penulisan wasiat

Bank Islam, AWARIS perluas akses penulisan wasiat

MOHD. Muazzam Mohamed (kiri) menyaksikan majlis pertukaran dokumen kerjasama antara Bank Islam dan AWARIS di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memeterai dokumen memorandum perjanjian (MoA) bersama Amanah Warisan Berhad (AWARIS) bagi memperluaskan akses perkhidmatan serta meningkatkan kesedaran awam mengenai perancangan harta pusaka melalui penulisan wasiat serta pengurusan pewarisan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata, perkhidmatan ini seiring dengan aspirasi Bank Islam untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang lengkap dan bertumpukan keperluan pelanggan.

Katanya, melalui kerjasama itu, Bank Islam berperanan sebagai saluran pengedaran bagi penyelesaian holistik pengurusan pewarisan AWARIS yang terbuka kepada pelanggan beragama Islam dan bukan Islam.

“Jalinan kerjasama ini amat penting dalam menyokong pengurusan kewangan dan harta pusaka pelanggan bagi menjaga kesejahteraan kehidupan mereka serta waris yang layak.

Selain itu, usaha sama Bank Islam-AWARIS ini dilihat akan mampu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan kedua-dua pihak serta industri,” katanya majlis menandatangani MoU tersebut di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

MoA tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Zaharah Abdul Muttalib bagi pihak Bank Islam, sementara AWARIS diwakili oleh Pengurus Besar (Pemasaran dan Operasi), Ahmad Fadzly Abdul Hamid.

Pemeteraian MoA itu turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan AWARIS, Datuk Ahmad Saruji Abdul Aziz.

Tambahnya, Bank Islam mengedar perkhidmatan Penulisan Wasiat Platinum dan Premier serta Pentadbiran Harta Pusaka AWARIS sejak 28 Disember 2022.

Bank menyasarkan kenaikan sebanyak 60 peratus dalam segmen perniagaan pengurusan kekayaan menjelang akhir 2025.

Setakat ini, keuntungan daripada perniagaan pengurusan kekayaan merangkumi tujuh peratus daripada keseluruhan jumlah keuntungan perniagaan perbankan peruncitan Bank Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya