Banjir Sabah: Mangsa meningkat 180 orang

Banjir Sabah: Mangsa meningkat 180 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di dua daerah di Sabah meningkat kepada 180 orang setakat 4 petang, hari ini.

Ia menunjukkan peningkatan seramai 11 orang berbanding mangsa yang dipindahkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Kecil Paitan dan Sandakan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, peningkatan mangsa direkodkan berlaku di Sandakan.

Setakat ini, 180 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang dibuka sejak petang semalam.

Dua PPS dibuka di Paitan adalah PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah JPKK Cocos manakala, di Sandakan PPS yang dibuka adalah Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Memanjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya